Bazaar MAINS merupakan sebuah pusat usahawa kecil bumiputera yang telah dibuka hampir 4 tahun dan kini kian mendapat sambutan yang menggalakkan.Dahulunya, dikenali sebagai Pekan Rabu.

Bazaar MAINS ini ditubuhkan bertujuan menyediakan tempat atau tapak perniagaan kepada pengusaha bumiputera dengan kadar sewa yang amat rendah iaitu RM250  -RM370 sebulan.Tawaran ini(kadar sewa)tidak terdapat dimana-mana terutama di sekitar Bandar Seremban. MAINS Holdings Sdn Bhd juga memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi atau sektor perniagaan di kalangan bumiputera.

Bazaar MAINS juga mengalu-alukan pihak yang berminat untuk menjadikan lokasi ini sebagai tempat penganjuran pelbagai aktiviti/program/expo/acara. Kadar yang dikenakan adalah amat minima dan boleh dirundingkan. Di antara kemudahan asas yang sedia ada di Bazaar MAINS adalah termasuk pentas (stage), PA system dan ruang legar (booth) di samping kemudahan surau dan tandas awam yang sentiasa bersih.

Di Bazaar MAINS, terdapat 60 unit lot kedai yang menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Di antaranya ialah produk-produk kecantikan dan kesihatan, pakaian, kain, andaman, beg, kasut, buku-buku, perhiasan wanita, barangan kraf, cenderahati, kedai-kedai jahitan pakaian/langsir, wangian(perfume), portal/pembinaan laman web, sistem sms, Streamyx, bunga hiasan, makanan tradisional, peralatan alatulis dan perkidmatan photostat, insuran, perubatan alternatif dan lain-lain lagi.







       
 
LOGIN


 

 

 

 


Bilangan Pengunjung Bazaar MAINS
Hakcipta Kuntum Tech 2008